Monday, March 21, 2016

Menarik Rezeki



YAKINLAH REZEKI ITU JAMINAN ALLAH selagi kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, pasti Allah memberi ganjaran di setiap usaha yang kita lakukan.

Pernah tak kita rasa gaji kita tiap-taip bulan selepas ditolak segala hutang piutang, baki nya kadang-kadang ngam-ngam je & kadang-kadang tak cukup... bila tiba hujung bulan langsung x de. Bila pada masa itu kereta rosak, anak tidak sihat...kepala jadi runsing... so..baik kita cek baik hubungan kita dengan Allah. Adakah kita menunaikan solat di awal waktu (reminder for myself also), adakah kita punch card minta tolong kawan, adakah kita selalu ponteng kerja, adakah kita selalu bergosip2 dan macam-macam lagi. Audit balik diri kita.

 

Marilah kita melakukan amalan-amalan yang boleh membuka pintu rezeki buat kita
  1. Solat di awal waktu
  2. Jangan buat mak ayah marah
  3. Rajin tolong orang
  4. Rajin BERSEDEKAH
  5. Rajin buang sampah / halangan di jalan raya (tempat orang lalu lalang)
  6. Rajin baca Surah Al-Waqiah
  7. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 1000 kali sehari
  8. Suka menyampaikan ilmu walau sedikit
  9. Tidak mengungkit-ungkit pemberian
  10. Niat mencari rezeki kerana Allah
  11. Rajin berpuasa sunat
  12. Istighfar 100 kali sehari
Moga Allah membuka pintu rezeki buat kita semua. Aminnn




No comments:

Post a Comment