Wednesday, April 13, 2016

KEMURUNGAN DAN CARA MENGATASINYA

Assalamualaikum..

Pernah tidak terfikir akan terjadinya kemurungan terhadap insan-insan yang kita sayang..anak..emak..ayah..adik beradik...???



Seperti kes ini..

"Anak saya mengalami kemurungan teruk sejak 3 bulan lepas dan sekarang dia tidak lagi mahu solat, tidak keluar rumah dan selalu marah-marah kepada kami sekeluarga. Dan dia tidak mahu langsung berjumpa dengan doktor atau uztaz-uztaz yang kami bawa ke rumah untuk berubat"

Apabila berlaku perkara sebegini terhadap ahli keluarga kita, kita perlu bertindak segera kerana kemurungan boleh membawa kepada perkara-perkara yang lebih serius.

Kemurungan adalah masalah gangguan mental atau emosi. Dengan bahasa mudahnya, ia berkaitan dan berpunca dari tekanan atau bebanan yang disebabkan oleh masalah peribadi, keluarga, pasangan dan kerja.

Ini antara simptom-simptom kemurungan:-

  • Rasa sedih yang berpanjangan
  • keletihan yang berpanjangan
  • cepat letih, tiada tenaga
  • cepat marah
  • hilang minat dalam aktiviti seharian, hobi termasuk hubungan seksual
  • rasa bimbang
  • rasa tiada harapan dan mudah putus asa
  • rasa tiada siapa yang mahu menolong
  • keseorangan
  • rasa diri tidak berguna
  • sukar membuat keputusan
  • mudah cemas dan fobia
  • gangguan tidur (bangun terlalu awal atau berlebihan tidur)


Punca Kemurungan


1- Mengalami  peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit  Antaranya

  • kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak (meninggal dunia atau berpisah) dan pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai
  • kehilangan maruah diri  tanpa kerelaan hati (mangsa perkosaan / sumbang mahram)

2- Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri/suami/ahli keluarga)

3- Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh : kegagalan dalam kerjaya/ kegagalan dalam rumahtangga)

4- Bagi sebilangan wanita,  kedatangan haid, awal kehamilan, selepas melahirkan, dan  pre-monopous juga boleh menyebabkan kemurungan berlaku. Walaupun tidak serius tetapi jika berlaku sesuatu yang mengganggu emosi berlarutan,  individu ini lebih terdedah  kepada kemurungan.



Tips Untuk Mengatasi

  • Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku  salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua  simpton tersebut berlaku.  Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis , kaunselor atau orang-orang yang berkebolehan membantu

  • Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan  mendekatkan diri  kepada Allah, pasrahkan diri dan redha  dengan ketentuanNya.  Keredhaan dan keikhlasan itu adalah penawar. Allah akan memberi yang terbaik, selagi kita memohon kepadaNya. Akan ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Yakinkan diri kita.

  • Elakkan bersendirian. Berhubunglah dengan rakan taulan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan.Jika harus bersendiri banyakkan ibadat dan mengingati Allah dengan berzikir

  • Jika terasa ingin menangis, menangislah untuk menghilangkan  sebak di dada. Menangis adalah fitrah manusia.  Apa yang perlu dielakkan adalah menangis dengan ratapan. Ratapan akan didengar  oleh perasaan kita. Ia boleh melemahkan perasaan.

  • Kuatkan semangat dengan mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kita kepada orang lain. Pada keluarga, rakan taulan, rakan sekerja, dan orang –orang lain yang memerlukan kita. Jika kita  terperangkap dengan kemurungan, ia akan memberi kesan kepada mereka.

  • Membaca buku-buku yang boleh membina semangat dan motivasi diri
    • Jangan menyalahkan diri dan menghukum diri kerana kelemahan yang berlaku.
    • Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa dan tenang.
    • Tingkatkan kesihatan diri dengan mengambil makanan yang sihat dan teratur.

Apa yang Shaklee boleh membantu

Dengan pengambilan vitamin secara konsisten ia sangat membantu untuk anda menjadi lebih baik

1. Vivix : Bertindak terus pada DNA dan sel-sel dan Resveratrol yang terkandung dalam vivx menguatkan memori. Vivix mengandungai 10 kali ganda resveratrol.

2. B Complex : kandungan di dalam B-Complex membantu mengurangkan stress

3. Ostematrix : penting untuk fungsi sistem saraf (Neurotransmitter)

4. Vitamin c : penting untuk fingsi Adrenal (Kalenjar Anti-stress)

5. Omega Guard : untuk emosi yang lebih baik dan mengandungi EPA dan DHA yang baik untuk otak

6. Vitalea Iron : mengimbangi nutrien yang kurang akibat pemakanan dan rehat yang tidak tentu

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, bertindaklah segera kerana kesan yang tidak baik akan muncul dan berpanjangan.

jaga diri, sayangilah keluarga

Seha doakan anda semua sihat dan dijauhi dengan masalh sebegini.

Seha
0189555760
fb: norfasihah sabran
fanPage: adeela healthy beauty

No comments:

Post a Comment