Tuesday, May 17, 2016

TODAY I JUST TURN TO 28


Alhamdulillah untuk sekian kalinya syukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat yang telah diberikan kepada Mokde.

So, today Mokde turn to 28 years old. Lagi 2 tahun nak masuk 30 tahun. hihihi 

Alhamdulillah kehidupan Mokde baik-baik sahaja, mungkin tidak semewah orang lain, tapi alhamdulillah cukup keperluan kami, anak sihat, suami yang penyayang, keluarga yang membahagiakan dan kawan-kawan yang sangat menyeronokkan.



At this age, banyak impian Mokde sebenarnya. Terlalu banyak. Moga Mokde dan cik asben dapat merealisasikan. Biar pun perlahan-lahan, tapi better late than never.

Moga biz Shaklee Mokde pun berkembang dengan sihat dan jayanya, dapat membantu lebih ramai lagi menjadi sihat. 

Moga Mokde juga berjaya dalam kerjaya sekarang bidang perakaunan (really love it). Mokde sangat suka akaun dan math dari zaman sekolah lagi. Biar lah suka ini dibawak dalam kerjaya Mokde.


Dream big, be positive and always have faith in Allah.

Apa yang penting sekarang biar pun bekerja keras, Mokde nak hidup bahagia aman damai dengan suami tercinta, anak tersayang membesar dengan gembira dan keluarga yang sangat-sangat Mokde rindu. 


Terima kasih di atas ucapan yang sweet-sweet dan baik-baik, moga segala ucapan ini menjadi kenyataan. Aminnn =)

No comments:

Post a Comment